Monday, August 30, 2010

i'm D

nuff said..
i'm emotionally sick..
sekaligus membuatkan aku physically sick..
sorry mak abah..
i need time to get through this..

at least i laugh when abah makes his jokes.. :)
and i eat and drink whatever mak prepared.. :)


ya Allah.. hanya pada kau aku berserah..
semua ini takdir kau ya Allah..

ow lupa pulak.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53, Malaysia!

zaman sekarang, kita lebih rela mengalah daripada kalah.. fikir2kanlah.



:)

Monday, August 23, 2010

Alhamdulillah

the greatest praise to Allah Subhanahu Wata'ala :)

[22]
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
[23]
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri
.

(alhadid,57, Al-Quran)



i'm officially a 2nd year medical student now :)

Saturday, August 14, 2010

restless..

the exam is over. well, for theory part only.

still. i dont feel restless. i dont know how to describe it.

but mummy's words keep on lingering in my mind.

"ingatlah, setiap sesuatu perkara yang berlaku itu, hanya dengan izin ALLAH S.W.T. kita kene redha dan pasrah."

mak, terima kasih. tapi still..

Ya Allah..

Sunday, August 8, 2010

nikmatnya exam.

kadang2, aku rasa exam ni best sebenarnya.

sebab bila exam ni aku mendekati Allah dengan sedekat-dekat yang mungkin.

dan setelah anda membaca statement di atas ini. mungkin terdetik di hati anda,

"itulah die, dah nak exam baru nak ingat tuhan. kalau xde exam lupa, leka, enjoy x ingt dunia"

owh mungkin ini juga kata hati aku. aku sedar atas perbuatan aku. walaupun ketika aku leka itu aku lupa, akan tetapi apabila aku duduk sebentar dan bermuhasabah, aku sedar. namun, aku teru-terusan melakukan kesalahan. justeru, terus-terusanlah peringatan yang harus aku terima, tidak kisahlah dalam pelbagai bentuk.

dan kali ini, peringatan itu datang dalam bentuk peperiksaan.
musim, peperiksaan ni. secara jujurnya, aku berasa amat lemah. banyak yang perlu dibaca dan DIHAFAL.

dan atas dasar aku sebagai manusia lemah, pada musim ini, aku semakin kerap memanjatkan doa pada allah. walaupun tercetus jugak rasa malu di hati ini. mana tidaknya, si pelupa di waktu kesenangan ini mahu mencari bantuan Tuhannya dikala kesusahan. namun aku tahu, Allah itu maha pengasih, pemurah, penyayang dan segala kebaikan yang wujud.
justeru dengan rasa rendah diri ku bermohon.

dan aku suka musim peperiksaan ini. sebab aku sedar betapa aku ini tiada kawalan dalam hidupku kerana Allah yang maha berkuasa menentukan segala-galanya. Dialah yang lebih mengetahui.

namun, aku terus menerus memohon yang terbaik buatku dan tidak lupa buat rakan2 seperjuangan.

dan aku suka peperiksaan, sebab pada waktu ini, aku sedar akan kebergantungan aku pada Allah..

terima kasih exam dan paling utama. terima kasih Allah. :)


teruskan tersenyum walau hati tidak tenang, otak makin berserabut. :)

hasbunallah wa ni'mal wakil